Tuesday, July 3, 2007

Jalanraya Hapuskan Warisan Mandailing di Perak?



Pembinaan Jalanraya hapuskan Warisan Sejarah Perak
Oleh: Faisal Mustaffa

BATU GAJAH 15 Nov - Waris-waris keturunan Mandailing di sini hari ini telah mengemukakan rayuan kepada pihak kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya supaya menimbang kembali cadangan untuk membina jalanraya Gopeng - Seputeh Fasa II sehingga terpaksa mengambilalih tanah perkuburan nenek moyang mereka yang berusia lebih 100 tahun.

Jurucakap bagi pempetisyen itu, Hj Mohd Zain bin Zon berkata bahawa pembinaan jalanraya tersebut akan melibatkan beberapa bidang tanah yang sudah pun diberikan pampasan termasuk sebidang tanah perkuburan yang menempatkan Dato Stia Raja yang dipercayai membuka Batu Gajah.

Menurut Mohd Zain, tanah perkuburan yang terletak di Lot 2038 dan Lot 34044 Jalan Tanjung Tualang itu bukan hanya penting bagi keturunannya (Mandailing) tetapi juga makam itu merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia.

Tanah perkuburan itu menempatkan lebih daripada 150 kubur.

Keluarga Mandailing inilah yang telah membina kedai-kedai (tuanpunya asal) pekan lama Batu Gajah.


"Dengan hapusnya tanah perkuburan ini, maka hapuslah sejarah Melayu, khasnya orang Mandailing Batu Gajah," ujar Mohd Zain lagi.

Waris-waris arwah yang dikebumikan di sini hari ini telah berkumpul di tanah perkuburan tersebut bagi menunjukkan protes mereka, termasuk Tan Sri Annuar (bekas pengerusi Suhakam) yang merupakan cucu menantu kepada Tok Stia.

Merujuk kepada sejarah, Dato Stia Raja atau lebih dikenali sebagai Tok Setia Raja, anak Bendahara Raja Ketua Mandailing di Selangor pernah terlibat bersama Raja Asal dalam Peperangan Klang (1867 - 73) kemudian berpindah bersama Raja Asal ke Perak, pada mulanya di Selama, kemudiannya menetap di Batu Gajah.

Tok Stia Raja juga telah memperkenalkan industri perlombongan bijih dan perladangan getah ekonomi Perak, khususnya Batu Gajah.

"Dari usaha Tok Stia dalam bidang bijih timah dan getah telah membawa kepadatan penduduk Melayu, Cina dan India ke Batu Gajah secara langsung merupakan orang yang membuka Batu Gajah," terang Mohd Zain, 65 tahun.

Menurut Mohd Zain yang juga merupakan generasi keempat Tok Stia, sekiranya Raja Asal dipelihara tanah perkuburannya, mengapa tidak Tok Stia.

Menurut buku Raja Bilah and The Mandailing tulisan Abdul Razzaq dan Khoo Salma Nasution (2003), kedua-dua Raja Asal dan Tok Stia sama handal (panglima perang), malah Tok Stia lebih berjasa kepada Batu Gajah.

Menurut buku itu lagi, hubungannya amat rapat dengan Raja Asal dan Raja Bilah (anak lelaki Raja Bilah berkahwin dengan anak perempuan Tok Stia Raja).

Dalam temuramahnya dengan Malaysia Today, wakil-wakil waris itu telah merayu kepada pihak berkenaan untuk mengkaji semula projek pembinaan jalanraya supaya mereka dapat menziarahi tanah perkuburan yang sentiasa dijaga kebersihannya.

Surat-surat telah pun dihantar kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab termasuk Jabatan Kerja Raya tetapi tiada apa-apa balasan.

3 comments:

Redza said...

Salaam Sdr. Abdur-razzaq,

Saya, Mohd. Redza adalah keturunan dan cicit kepada Setia Raja.

Bapa saya bernama Mohd. Shahwis Bin Nordin, ialah anak kepada Nordin Bin Stia (Setia) Raja.

Datuk saya, Nordin ialah anak Setia Raja dari isteri pertama yang bernama Maheran Bt. Dewa. Beliau di kebumikan di tanah perkuburan Mandailing Batu Gajah.

Saya merasa terharu, apabila seorang penduduk Batu Gajah datang menemui saya mengenai pembelian tanah pusaka Setia Raja di Batu Gajah, dan sambilan itu menceritakan mengenai tanah perkuburan yang telah pun di ambil sedikit oleh kerajaan untuk pembinaan jalanraya.

Searching the internet, I discovered your blog sites, and reading all your writings on the Mandailings of Batu Gajah.

Emotional, and happy to read about my roots, I want to congratulate and thank you for your endeavours and your great work on documenting and preserving the history of the Mandailings in general, and in Batu Gajah specifically.

I surely would like to lend my support on this noble cause, and I'm not sure how I'm able to do this.

Please do not hesitate to get in touch with me, and my email is:
redza.shahwis@gmail.com

Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan terima kasih.

admincrazy said...

Terima kasih Pak Informasinya..
--------------------------------
Kenali dan Kunjungi Objek Wisata di Pandeglang Blog SEO cah bagoes oes tsetnoc Between Wisata Pandeglang Kenali dan Kunjungi Wisata Pandeglang Still About Objek Wisata diPandeglang Not a Superstar | Wisata Pandeglang Finding backlinks SEO Wisata Pandeglang Position Fluctuation Wisata Pandeglang Fantasy Wisata di Pandeglang Dreaming Kunjungi Wisata Pandeglang Want to Win SEO Pandeglang Trying to Survive Wisata Pandeglang Surprise kenali dan kunjungi pandeglang Spirit SEO Contest Pandeglang Kenali Kunjungi Objek Wisata Pandeglang Optimization Objek Wisata di Pandeglang Kenali dan Kunjungi Kabupaten Pandeglang Spirit Pandeglang and oes tsetnoc Battle Objek Wisata Pandeglang Objek Wisata di Pandeglang Back to page Wisata di Pandeglang | oes tsetnoc Objek Wisata di Pandeglang Kenali dan

L2y010203 said...

Domain Gratis co.cc fans club artis SEO Tutorial Ilmu Komputer download pc media